arus | current | 1. Air atau udara yang bergerak pada sat arah. 2. Aliran elektrik yang melalui suatu litar atau wayar. | Sekolah Rendah |
kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |
kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan daripada permukaan bumi ke udara dan balik semula ke permukaan bumi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ais | ice | Ketulan air yang keras, terbentuk pada takat beku air, iaitu pada suhu 0°C dan sangat sejuk apabila disentuh. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pong-pong | pong-pong | Buah yang beracun, kalis air, kulit berserabut apabila matang dan dipencarkan melalui air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
fotosintesis | photosynthesis | Proses penghasilan gula, oksigen dan air oleh tumbuh-tumbuhan hijau dengan kehadiran karbon dioksida, air dan cahaya matahari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
paya bakau | mangrove swamp | Kawasan air tawar yang bertemu dengan kawasan air masin. Ia mempunyai tanah yang lembut dengan kepekatan garam yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
cacar air | chickenpox | Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |