ais kering | dry ice | Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78°C (195 K) pada tekanan piawai. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. Ais kering berfungsi sebagai bahan penyejuk. | Menengah Rendah |
ais | ice | Ketulan air yang keras, terbentuk pada takat beku air, iaitu pada suhu 0°C dan sangat sejuk apabila disentuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ais kering | dry ice | Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada tekanan biasa. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. | Menengah Atas |
ais | ice | Air dalam keadaan pepejal yang terbentuk pada takat beku air, iaitu 0°C. Ais dapat terapung di atas air kerana ketumpatannya kurang daripada ketumpatan air. | Menengah Rendah |
komet | comet | Ketulan batu, ais debu dan gas-gas yang mengelilingi matahari. Komet mempunyai ekor yang terang bercahaya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
takat lebur | melting point | Suhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C. | Menengah Rendah |
pemanasan global | global warming | Pertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah hijau yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan ais di kutub. | Menengah Atas |
tuas kelas ketiga | third class lever | Tuas yang kedudukan dayanya berada di antara fulkrum dengan beban. Contohnya, lengan manusia, joran dan pemegang ais. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
termostat | thermostat | Alat yang digunakan untuk mengukur dan mengawal suhu sesuatu mesin atau ruang bagi satu nilai yang ditetapkan. Alat ini terdapat di dalam ketuhar, peti ais dan sebagainya. | Menengah Rendah |
perubahan fizikal | physical change | Proses perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. Perubahan fizikal pada sesuatu bahan tidak akan mengubahkan keadaan kimianya. Contohnya, perubahan air kepada ketulan ais. | Menengah Rendah |