dugong | dugong | Sejenis haiwan laut yang rupanya seakan-akan ikan paus kecil dan mempunyai kaki sirip. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tapak pelupusan sampah | landfill | Kawasan pembuangan sampah sarap. Sampah sarap akan dimampatkan dan dikambus dengan tanah untuk mengurangkan bau, menghalang kebakaran dan wabak penyakit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
neraca tuas | lever balance | Alat yang digunakan untuk mengukur jisim objek yang akan diangkat menggunakan tuas. Alat ini dikenali juga sebagai dacing tuil. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tenaga kimia | chemical energy | Tenaga yang dimiliki oleh sesuatu bahan kimia yang akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. Contohnya, tenaga pada lilin yang menyala. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengapungan | float | Proses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tenggiling | pangolin | Sejenis haiwan yang bersisik pada badan dan bermuncung tirus dan panjang. Tenggiling memakan semut dan anai-anai. Badan tenggiling akan bergulung apabila terancam. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |