gerak balas | response | Aktiviti fisiologi, otot dan tingkah laku terhadap sesuatu rangsangan. | Menengah Rendah |
pemburuan secara haram | illegal hunting | Aktiviti mencari atau membunuh haiwan tanpa kebenaran. | Sekolah Rendah |
fotokimia | photochemistry | Bidang ilmu yang melibatkan rangsangan aktiviti kimia dengan menggunakan cahaya. | Menengah Atas |
bahan pencemar | pollutant | Bahan kimia yang menyebabkan pencemaran akibat aktiviti manusia, yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan dan persekitaran. Contohnya, logam berat dan racun perosak. | Menengah Rendah |
sistem autonomik | autonomic system | Sistem saraf yang mengawal atur aktiviti otot kardium, otot licin dan kelenjar. Sistem saraf ini terdiri daripada saraf simpatetik, sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf enterik. | Menengah Atas |
tempat tinggal | home | Tempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
disinfektan | disinfectant | Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan atau merencatkan aktiviti mikroorganisma yang terdapat pada benda yang tidak bernyawa. | Menengah Atas |
penyahhidratan | dehydration | Proses pengurangan air dalam badan akibat cuaca panas atau aktiviti bersukan. | Sekolah Rendah |
kakisan | corrosion | Perihal kerosakan pada bahan atau tisu secara perlahan-lahan disebabkan oleh aktiviti tindakan kimia keadaan sekeliling. | Sekolah Rendah |
kidal | left-handed | Manusia yang biasanya lebih selesa menggunakan tangan kirinya untuk melakukan sebarang aktiviti. | Menengah Atas |