akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Akumulator dapat dicaskan semula. Contohnya, akumulator asid plumbum yang digunakan sebagai bateri kereta. | Menengah Atas |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Contohnya, bateri kereta. | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Sejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rintangan dalam | internal resistance | Rintangan yang terdapat di dalam sumber tenaga elektrik seperti sel, dinamo, atau akumulator untuk menentang gerakan cas. | Menengah Atas |
asid sulfurik | sulphuric acid | Asid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4. | Menengah Rendah |
arus terus (a.t) | direct current (d.c.) | Arus elektrik yang mengalir dalam arah sehala dan dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti sel kering dan akumulator kereta. | Menengah Rendah |