alam semesta | universe | Segala jenis jirim, tenaga dan ruang yang wujud termasuk planet, galaksi dan bintang. | Menengah Rendah |
alam sekitar | environment | Keseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami benda hidup. | Sekolah Rendah |
alam haiwan | animal kingdom | Merangkumi semua kumpulan haiwan. | Menengah Atas |
alam semula jadi | nature | Keadaan alam secara semula jadi termasuk tumbuhan, haiwan, muka bumi, ciri dan hasil bumi. | Sekolah Rendah |
keseimbangan alam | balance of nature | Interaksi antara hidupan dengan alam sekitar yang harmoni. | Sekolah Rendah |
keseimbangan alam | balance of nature | Interaksi antara organisma dengan alam sekitar yang harmoni. | Menengah Atas |
bencana alam | natural disaster | Bencana yang berlaku secara semula jadi, dan menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap alam. Contohnya, tsunami, banjir dan gempa bumi. | Sekolah Rendah |
pemuliharaan alam | conservation | Proses pelaksanaan pelan pengurusan ekosistem untuk melindungi kepelbagaian sumber bumi. | Menengah Rendah |
fenomena alam | natural phenomenon | Kejadian yang berlaku secara semula jadi. Contohnya,letusan gunung berapi, banjir dan hakisan. | Menengah Rendah |
jerebu | haze | Fenomena alam sekeliling yang berlaku apabila udara mengandungi bahan pencemar seperti asap dan habuk halus pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan jarak penglihatan. | Menengah Rendah |