imej | image | Bayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik lain. | Menengah Rendah |
imej | image | Bayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik yang lain. | Menengah Atas |
loyang | brass | Aloi yang berwarna kekuningan, mengandungi 60 — 70% kuprum dan 30 — 40% zink, dan digunakan untuk membuat barang perhiasan, acuan dan alat-alat pancaragam. | Menengah Rendah |
diod | diode | Satu peranti elektronik yang mempunyai simpang p-n yang mengalirkan arus dalam satu arah sahaja, dan digunakan sebagai rektifier dalam alat-alat elektronik. | Menengah Atas |
ralat bersistem | systematic error | Ralat yang mengalihkan semua pengukuran ke arah yang tertentu disebabkan oleh alat pengukur tidak ditentukur dengan betul, alat pengukur tidak digunakan dengan betul atau tidak mengambil kira ralat sifar alat pengukur. | Menengah Atas |
alat piawai | standard tool | Alat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat pengukur | measuring tool | Alat yang digunakan untuk menyukat isi padu cecair, dan mengukur jisim, panjang, masa, suhu atau tinggi sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat kontraseptif dalam rahim (IUCD) | intrauterine contraceptive device (IUCD) | Alat yang dipasang di dalam rahim wanita bagi mencegah kehamilan. | Menengah Rendah |
manometer | manometer | Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan gas. Alat ini terdiri daripada salur kaca berbentuk U dan berisi sedikit merkuri. Lihat Rajah | Menengah Atas |