alga | algae | Kumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alga | algae | Kumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada satu atau berbilang sel. Kebanyakan alga terdapat dalam air dan memainkan peranan yang penting dalam siratan makanan. Contoh alga ialah Chlamydomonas, Euglena dan Spirogyra. | Menengah Rendah |
alga | algae | Kumpulan organisma autotrof, yang bersifat unisel atau multisel. Contohnya, Spirogyra, Chlamydomonas, dan Euglena. Lihat Rajah | Menengah Atas |
liken | lichen | Alga dan kulat yang tumbuh bersama dan hidup secara simbiosis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
fitoplankton | phytoplankton | Alga seni, sumber oksigen atmosfera yang penting dan sumber asas bahan makanan haiwan akuatik. | Menengah Atas |
euglena | euglena | Kumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
liken | lichen | Simbiosis antara alga dan kulat. | Menengah Atas |
konjugasi | conjugation | Proses pembiakan seksual dalam alga dan kulat tertentu, berlaku secara gabungan sementara atau kekal yang menyebabkan penyatuan antara gamet jantan dan gamet betina. | Menengah Atas |
dinding sel | cell wall | Struktur yang menyokong dan melindungi semua sel bagi tumbuhan, alga, kulat dan kebanyakan bakteria. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mikroorganisma | microorganism | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |