alkali | alkali | Bahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid. | Menengah Rendah |
alkali | alkali | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin. | Sekolah Rendah |
beralkali | alkaline | Perihal alkali atau bahan yang mempunyai sifat alkali. | Menengah Rendah |
logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
alkali | alkaline | Bahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air. | Menengah Atas |
logam alkali bumi | alkaline earth metal | Logam yang tergolong dalam kumpulan 2 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada kalsium, barium, strontium, dan radium. Logam ini berwarna putih, kurang reaktif berbanding dengan logam alkali. | Menengah Atas |
kertas litmus | litmus paper | Kertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bateri alkali | alkaline battery | Sel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V. | Menengah Atas |
hempedu | bile | Cairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak. | Menengah Atas |
natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |