aloi | alloy | Campuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum. | Menengah Atas |
aloi superkonduktor | superconductor alloy | Kumpulan aloi yang mempunyai rintangan elektrik yang sifar pada suhu tertentu dan boleh mengalirkan elektrik. | Menengah Atas |
aloi | alloy | Campuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi lebih keras, lebih cantik dan tahan hakisan. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum, manakala keluli ialah campuran besi dan karbon. | Menengah Rendah |
amalgam | amalgam | Aloi yang terdiri daripada campuran merkuri dengan satu atau lebih logam lain. Contohnya, aloi daripada merkuri, perak dan timah yang dahulunya digunakan untuk menampal gigi. | Menengah Atas |
loyang | brass | Aloi yang berwarna kekuningan, mengandungi 60 — 70% kuprum dan 30 — 40% zink, dan digunakan untuk membuat barang perhiasan, acuan dan alat-alat pancaragam. | Menengah Rendah |
gangsa | bronze | Aloi kuprum yang mengandungi 1 - 10% timah. Gangsa yang khusus mengandungi unsur lain seperti aluminium, zink, silikon dan fosforus. | Menengah Rendah |
magnalium | magnalium | Aloi yang diperbuat daripada aluminium, magnesium, dan kuprum. Magnalium bersifat ringan dan kuat. | Menengah Atas |
ketertempaan | malleability | Keupayaan logam atau aloi dapat dibentuk tanpa pecah. | Menengah Atas |
boleh tempa | malleable | Sifat bahan pepejal seperti aloi yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis. | Menengah Atas |
pengaratan | rusting | Proses kakisan yang berlaku pada logam atau aloi ferum apabila bahan ini terdedah kepada oksigen dan air. Lihat Rajah | Menengah Atas |