kilat | lightning | Nyahcas elektrik dalam bentuk percikan cahaya yang terang di antara dua awan yang bercas atau di antara awan yang bercas dengan bumi. Contohnya, kilat terjadi apabila awan membina cas negatif yang besar pada bahagian bawahnya. | Menengah Rendah |
sawat penyampai | conveyor belt | Tali atau rantai di antara gandar roda yang berpusing atau di antara takal. Tali ini berfungsi untuk menjalankan enjin atau menggerakkan sesuatu objek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sudut tuju | angle of incidence | Sudut di antara sinar atau gelombang tuju dari garis normal pada titik tuju. | Menengah Atas |
sudut pantulan | angle of reflection | Sudut di antara sinaran atau gelombang yang dipantulkan dengan garis normal pada titik pantulan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sudut biasan | angle of refraction | Sudut di antara sinaran atau gelombang yang dibiaskan dari garis normal pada titik biasan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
jarak | distance | Panjang di antara dua titik atau dua tempat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ruas | internode | Bahagian yang terletak di antara dua nod atau sendi. | Menengah Atas |
haba | heat | Bentuk tenaga yang boleh dipindahkan di antara dua jasad. Haba disukat dalam unit joule, J atau kalori. | Menengah Rendah |
haba tindak balas | heat of reaction | Haba yang dibebaskan atau diserap apabila tindak balas kimia lengkap berlaku di antara bahan tindak balas. Contohnya, haba pemendakan, haba penyesaran, haba pembakaran dan haba peneutralan. | Menengah Atas |
korteks | cortex | Bahagian atau lapisan luar sesuatu organ. Pada tumbuhan, korteks terletak di antara epidermis dengan endodermis pada akar atau batang. Lihat Rajah | Menengah Rendah |