timur | east | Arah matahari terbit dan arah yang bertentangan dengan arah barat pada kompas. | Sekolah Rendah |
barat | west | Arah matahari terbenam atau arah yang bertentangan dengan arah timur pada kompas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
petua genggaman tangan kanan | right hand grip rule | Panduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
injap | valve | Sebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan. | Menengah Rendah |
pembiasan | refraction | Perubahan arah cahaya atau gelombang apabila ia merambat dari satu medium ke medium yang berlainan ketumpatannya. | Menengah Atas |
tropisme | tropism | Gerak balas tumbuhan pada arah tertentu terhadap rangsangan luar. Gerak balas ini berlaku sama ada secara positif atau negatif. | Menengah Rendah |
kompas | compass | Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur. | Menengah Rendah |
meregangkan | stretch | Menarik dua bahagian objek dalam arah yang bertentangan supaya tegang atau longgar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
daya geseran | frictional force | Daya yang menentang arah gerakan sesuatu objek, memberhentikan atau memperlahankan objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sesaran | displacement | 1. Jarak antara dua titik pada arah tertentu. 2. Perubahan kedudukan objek secara vektor. | Menengah Atas |