Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.te.ri] | ارتري

Definisi : saluran darah yg membawa darah yg mengandungi oksigen keluar dr jantung utk mengalir ke seluruh badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.te.ri] | ارتري

Definisi : ist salur darah yg mengalirkan darah dr jantung ke seluruh tubuh badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arteri


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
arteri pulmonaripulmonary arterySepasang salur darah yang membawa darah terdeoksigen dari jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah yang terdeoksigen berbanding arteri-arteri lain yang membawa darah beroksigen dan nutrien ke dalam tisu tubuh. Lihat RajahMenengah Rendah
aortaaortaSalur darah utama dari ventrikel kiri jantung dalam sistem peredaran darah mamalia. Aorta bercabang membentuk arteri-arteri yang mengalirkan darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru. Lihat RajahMenengah Rendah
arteri pulmonaripulmonary arteryArteri yang menghubungkan ventrikel kanan jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah ternyahoksigen ke paru-paru.Menengah Atas
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat RajahMenengah Rendah
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Lihat RajahMenengah Atas
nadipulseDenyutan arteri secara beritma yang dapat dirasai dengan jari.Menengah Rendah
arteriosklerosisarteriosclerosisKeadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan.Menengah Atas
kapilaricapillarySalur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan.Menengah Rendah
kadar denyutan nadipulse rateKadar pengembangan dan pengecutan saluran darah (arteri) per minit.Sekolah Rendah
degupan jantungheartbeatRentak pengecutan otot ventrikel kiri jantung yang dapat dirasai oleh arteri.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas