hujan asid | acid rain | Hujan yang terbentuk disebabkan air hujan mengandungi asid nitrik dan asid sulfurik. Pembentukannya disebabkan pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan. | Menengah Rendah |
asid mineral | mineral acid | Asid tak organik seperti asid sulfurik (H2SO4), asid hidroklorik (HCl) dan asid nitrik (HNO3). | Menengah Atas |
nitrogen | nitrogen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N. | Menengah Rendah |
asid monobes | monobasic acid | Asid yang mempunyai satu atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid hidroklorik (HCI) dan asid nitrik (HNO3). | Menengah Atas |