atrium | atrium | Dua ruang yang terdapat dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena. Pengecutan atrium menyebabkan darah tertolak ke dalam ventrikel. Dinding atrium lebih nipis dan saiznya lebih kecil berbanding ventrikel. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
atrium | atrium | Ruang pada jantung yang menerima darah dari vena masuk ke ventrikel. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sistole | systole | Fasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan. | Menengah Atas |
nodus atrioventrikel | AV node | Gentian otot kardiak yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel jantung. | Menengah Atas |
diastole | diastole | Fasa atau tempoh rehat otot jantung. Sewaktu fasa ini, atrium dan ventrikel diisi dengan darah. | Menengah Atas |
ventrikel | ventricle | Ruang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri. | Menengah Atas |
vena kava | vena cava | Salur darah yang mengalirkan semua darah dari seluruh badan ke atrium kanan jantung. | Menengah Rendah |
injap bikuspid | bicuspid valve | Injap yang terdiri daripada dua kelopak bermembran yang terletak antara atrium dengan ventrikel kiri jantung burung dan mamalia. | Menengah Atas |
jantung | heart | Organ berotot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jantung terbahagi kepada empat ruang yang dikenali sebagai atrium kiri dan kanan, dan ventrikel kiri dan kanan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |