Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yu.nan] | ايونن

Definisi : 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu.nan] | ايونن

Definisi : 1 tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2 gerakan yg berayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayunan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ayunanoscillationGerakan ke depan dan ke belakang dari satu titik asal. Lihat RajahSekolah Rendah
frekuensifrequencyBilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat.Menengah Atas
pelembapandampingProses penyusutan amplitud getaran atau ayunan, akibat pengurangan tenaga.Menengah Atas
tempohperiodMasa yang diambil oleh suatu jasad untuk satu ayunan atau getaran lengkap.Menengah Atas
getaranvibrationPerubahan gerakan ulang-alik yang berterusan dari satu titik rujukan. Contohnya, ayunan bandul dan tala bunyi.Menengah Atas

Kembali ke atas