kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |
wayar neutral | neutral wire | Wayar yang membawa arus elektrik dalam operasi normal. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru bagi peralatan elektrik, dan hitam bagi sistem pendawaian dan penghantaran elektrik. | Menengah Atas |
insang | gill | Organ pernafasan bagi haiwan akuatik khususnya ikan dan berudu. Bagi tumbuhan seperti cendawan, insang merupakan struktur bermembran yang pipih dan lebar. | Menengah Rendah |
kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
nyahcas | discharge | Peneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Atas |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu organisma yang terdiri daripada beberapa jenis tisu yang berlainan yang melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, hati, jantung, dan mata bagi haiwan manakala daun, bunga, serta buah bagi tumbuhan. | Menengah Atas |
watt | watt | Unit bagi kuasa. Simbol W. | Menengah Rendah |
joule | joule | Unit bagi tenaga dan kerja. Simbolnya, J. | Menengah Atas |
isoprena | isoprene | Monomer bagi getah asli, berbentuk koloid putih dan tidak larut dalam air. | Menengah Atas |
spora | spore | Sel pembiakan bagi cendawan, lumut dan tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga seperti paku pakis. | Menengah Rendah |