posterior | posterior | Kedudukan yang berhampiran dengan bahagian belakang struktur tertentu. Contohnya, bahagian belakang tubuh. | Menengah Atas |
medula oblongata | medulla oblongata | Bahagian belakang otak vertebrata yang terletak di antara pons dengan saraf tunjang. Lihat Rajah | Menengah Atas |
gigi geraham | molar tooth | Gigi yang beralur dan berbilang akar, terletak di bahagian belakang rahang dan bersebelahan dengan gigi geraham kecil. Gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan. | Sekolah Rendah |
dorsal | dorsal | Kedudukan yang merujuk permukaan bahagian atas badan haiwan. Bagi manusia, dorsal merujuk bahagian belakang badan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
ekor | tail | Bahagian tulang belakang yang menganjur keluar dari punggung dan dapat digerak-gerakkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sumbu | horn | Struktur runcing yang melengkung ke belakang dari bahagian hidung badak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pelvis | pelvis | 1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |