batang rayap | runner | Batang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
zuriat | offspring | Organisma baharu yang terhasil daripada proses pembiakan. | Menengah Rendah |
plumul | plumule | Pucuk baharu yang berkembang dari embrio tumbuhan yang terdapat di dalam biji benih dan seterusnya menjadi daun. | Menengah Rendah |
pembiakan | reproduction | Proses menghasilkan individu baharu bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus. | Menengah Rendah |
sintesis | synthesis | Proses membentuk sebatian yang baharu dengan cara menggabungkan dua atau lebih unsur atau sebatian. | Menengah Rendah |
perintis | pioneer | Kumpulan organisma pertama yang menghuni sesuatu habitat baharu. | Menengah Atas |
biak baka | breed | Pengacukan haiwan atau tumbuhan bagi menghasilkan baka baharu yang lebih berkualiti. | Menengah Rendah |
pembiakan tampang | vegetative reproduction | Pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu tumbuhan baharu terhasil daripada bahagian induk seperti melalui daun, akar atau batang tumbuhan. Pembiakan tampang dikenali juga sebagai pembiakan vegetatif. | Menengah Rendah |
pertunasan | budding | Proses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk. | Menengah Rendah |
persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |