[ba.ha.ya] | بهاي
Definisi : sesuatu yg (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dll): dlm nahas kereta itu, ia sendiri yg terlepas drpd ~;~ api = ~ kebakaran bencana yg boleh disebabkan oleh api; ~ bencana berbagai-bagai bencana; ~ kelaparan sesuatu yg boleh menyebabkan kelaparan; ~ maut sesuatu yg menyebabkan mati; ~ rugi kemungkinan rugi; menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yg sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya; berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~;keberbahayaan perihal atau keadaan yg berbahaya: ~ itu tersembunyi dlm pembinaan tamadun Barat;membahayakan mendatangkan bahaya: di bandar itu ada tempat yg ~, tempat banyak orang kena rompak; merokok ~ kesihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.ha.ya] | بهاي
Definisi : apa-apa yg dpt mendatangkan kemalangan atau bencana; nahas: Moga-moga Allah melindungi engkau drpd sebarang ~. berbahaya ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. membahayakan mendatangkan bahaya: Menghisap rokok ~ kesihatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)