pemeliharaan | nurture | Perbuatan menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan dengan baik bagi memastikannya tidak pupus. | Sekolah Rendah |
kuprum | copper | Logam yang berwarna perang, merupakan pengalir elektrik yang baik. Simbolnya, Cu. | Menengah Atas |
pelihara | preserve | Menjaga dan melindungi sesuatu supaya berada dalam keadaan yang baik atau selamat. | Sekolah Rendah |
aluminium | aluminium | Unsur logam yang ringan, boleh dibentuk dan merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. Aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis. Aluminium digunakan dalam industri perumahan dan untuk membuat bahagian tertentu kenderaan. | Menengah Rendah |
logam | metal | Unsur kimia seperti besi, emas, perak, dan tembaga yang dapat mengalirkan haba dengan baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
grafit | graphite | Alotrop karbon yang berwarna kelabu atau hitam, lembut, licin, dan merupakan konduktor elektrik yang baik. | Menengah Atas |
besi | iron | Logam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. | Menengah Rendah |
logam | metal | Unsur kimia yang bersifat keras, berkilat, padu, boleh ditempa dan merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik. | Menengah Rendah |
penebat | insulator | Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca. | Menengah Rendah |
gizi seimbang | balanced diet | Gizi yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian, garam mineral dan air untuk memastikan kesihatan yang baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |