bakteriofaj | bacteriophage | Virus yang menyerang bakteria dan menjadikan bakteria sebagai perumah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
bakteria | bacteria | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. | Sekolah Rendah |
bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit. | Menengah Rendah |
bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan. | Menengah Atas |
basilus | bacillus | Bakteria daripada genus Bacillus, yang berbentuk rod, biasanya boleh bergerak sendiri menggunakan flagelum. Lihat Rajah | Menengah Atas |
lisis | lysis | Pemusnahan sel atau bakteria oleh lisin. | Menengah Atas |
pengurai | decomposer | Organisma seperti kulat dan bakteria yang dapat menguraikan bahan organik daripada organisma yang telah mati atau bahan kumuh daripada organisma lain menjadi bahan tak organik ringkas. | Menengah Rendah |
toksin | toxin | Bahan beracun yang terhasil daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. | Menengah Rendah |
kolera | cholera | Penyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui air atau makanan tercemar. Penyakit ini dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu. | Menengah Rendah |
antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin. | Menengah Rendah |