Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tindak balas berbalikreversible reactionProses penukaran hasil tindak balas kepada bahan tindak balas semula.Menengah Atas
tindak balas biokimiabiochemical reactionTindak balas yang melibatkan bahan kimia, yang mencetuskan sesuatu tindak balas ke atas organisma hidup.Menengah Atas
haba tindak balasheat of reactionHaba yang dibebaskan atau diserap apabila tindak balas kimia lengkap berlaku di antara bahan tindak balas. Contohnya, haba pemendakan, haba penyesaran, haba pembakaran dan haba peneutralan.Menengah Atas
tindak balas redoksredox reactionTindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.Menengah Atas
tindak balas penukargantiansubstitution reactionTindak balas kimia dengan satu atau lebih atom dalam molekul sebatian organik digantikan oleh satu atau lebih atom yang lain.Menengah Atas
tindak balas penambahanaddition reactionTindak balas kimia dengan satu molekul ditambah pada dua atom karbon ganda dua.Menengah Atas
tindak balas anabolikanabolic reactionTindak balas kimia yang berkaitan dengan penyatuan molekul yang lebih kecil untuk membentuk molekul yang lebih besar.Menengah Atas
kadar tindak balas seketikamomentary reaction rateKadar tindak balas pada satu-satu masa atau ketika tertentu.Menengah Atas
bahan tindak balasreactantBahan yang terlibat di dalam tindak balas kimia.Menengah Atas
kadar tindak balasrate of reactionPerubahan kuantiti bahan atau hasil tindak balas per unit masa.Menengah Atas
12345678910

Kembali ke atas