konduktor kilat | lightning conductor | Bahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal. | Menengah Rendah |
kepingan konkrit | concrete slab | Bahan keras dan kukuh untuk membina rumah atau bangunan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cerucuk | pile | Konkrit atau besi yang ditanam dalam tanah untuk dijadikan asas sesuatu bangunan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penyahhutanan | deforestation | Pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, pembasmian hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan. | Sekolah Rendah |
penyahhutanan | deforestation | Proses pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, penebangan hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan. | Menengah Rendah |
hujan asid | acid rain | Hujan yang mengandungi gas berasid yang membahayakan benda hidup dan merosakkan bangunan. | Sekolah Rendah |
meranti | shorea | Pokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
besi | iron | Sejenis logam kelabu berkilat yang keras dan bersifat magnetik. Besi digunakan untuk membuat alatan dan membina bangunan. | Sekolah Rendah |
keluli | steel | Bahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin. | Menengah Rendah |