Glosari Sains Untuk Sekolah
fototrof | phototroph | Organisma yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan bahan organik, seperti karbohidrat dan protein, daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan pelbagai enzim yang terdapat dalam kloroplas. Contohnya, tumbuhan hijau. | Menengah Atas |
resapan berbantu | facilitated diffusion | Pergerakan bahan melalui membran plasma dengan bantuan protein pembawa atau protein liang dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan yang rendah dan tidak memerlukan tenaga. | Menengah Atas |
Kembali ke atas