Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ru] | بارو

Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ru] | بارو

Definisi : nama sj pokok berbunga yg seratnya dpt dibuat tali, Hibiscus tiliaceus. ~ gunung nama sj pokok, Hibiscus similis. ~ landak nama sj pokok, Hibiscus mutabilis. ~ laut nama sj pokok Thespisia populnea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sulursuckerPucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat RajahSekolah Rendah
spesies penyesarsuccessorSpesies baru organisma yang menggantikan spesies tertentu di dalam sesuatu habitat.Menengah Atas
pucukshootDaun muda atau daun yang baru terbit di hujung ranting atau puncak anak pokok. Lihat RajahSekolah Rendah
zuriatoffspringHasil daripada proses pembiakan yang melahirkan organisma baru. Zuriat dikenali juga sebagai anak.Sekolah Rendah
biji benihseedBiji yang ditanam atau disemai untuk menghasilkan pokok baru. Contohnya, biji benih jagung. Lihat RajahSekolah Rendah
teknologitechnologyAplikasi pengetahuan saintifik yang meningkatkan kualiti hidup manusia melalui penciptaan baru.Sekolah Rendah
transkrip RNARNA transcriptSalinan RNA di dalam nukleus yang menyalin maklumat untuk menghasilkan protein baru di dalam sel.Menengah Atas
tisu meristemmeristematic tissueTisu tumbuhan yang pesat membahagi, dan dengan itu cepat menghasilkan sel atau tisu baru. Tisu ini terdapat di bahagian pertumbuhan aktif seperti tisu pucuk dan akar.Menengah Atas
tindak balas kimiachemical reactionPerubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baru.Sekolah Rendah
penyesaransuccessionProses yang berlaku perlahan-lahan akibat perubahan bilangan individu bagi setiap spesies dalam sesuatu komuniti, atau akibat penempatan satu populasi spesies yang baru, yang beransur-ansur mengambil alih tempat penghuni asal.Menengah Atas
12

Kembali ke atas