Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau I

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bausmellSesuatu yang dapat dihidu dengan hidung. Contohnya, busuk, hangit dan wangi.Sekolah Rendah
hidrogenhydrogenGas yang tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bertindak balas dengan oksigen.Menengah Rendah
kloroformchloroformCecair tidak berwarna yang mempunyai bau eter yang khas. Kloroform merupakan bahan anestetik, pelarut untuk lemak, minyak, resin, getah dan bahan lain.Menengah Rendah
oksigenoxygenGas yang tidak mempunyai rasa, bau dan warna, yang terdapat di udara dan diperlukan semasa bernafas.Sekolah Rendah
kerosakan makananfood spoilagePerubahan pada warna, rasa, bau dan tekstur makanan disebabkan oleh mikroorganisma.Sekolah Rendah
karbon monoksidacarbon monoxideGas yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil daripada tindak balas pembakaran karbon yang tidak lengkap. Karbon monoksida banyak dikeluarkan daripada asap kenderaan dan sangat berbahaya.Menengah Rendah
karbon dioksidacarbon dioxideGas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan.Menengah Rendah
udaraairAtmosfera bumi yang terdiri daripada campuran berbagai-bagai jenis gas, tidak mempunyai warna atau bau dan mempunyai jisim serta berat. Udara mewujudkan tekanan atmosfera.Menengah Rendah
tapak pelupusan sampahlandfillKawasan pembuangan sampah sarap. Sampah sarap akan dimampatkan dan dikambus dengan tanah untuk mengurangkan bau, menghalang kebakaran dan wabak penyakit. Lihat RajahSekolah Rendah
kerosakan makananfood spoilageProses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas