Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : belalak; membelalang membelalak; membelalangkan membelalakkan (mata): kalau kelihatan orang agak bodoh, ia ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : ; akar ~ puak sj tumbuhan (pokok renek), bunga sapung, medang kelelawar, akar pulai puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga berkepak dan berkaki panjang yg suka memakan daun-daun: ~ daun; ~ hijau; ~ kunyit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Belalang dapat menuai.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
seranggainsectKumpulan haiwan invertebrat yang kecil, mempunyai tiga bahagian badan (kepala, toraks, abdomen) dan tiga pasang kaki. Serangga mempunyai abdomen yang bersegmen. Contohnya, belalang. Lihat RajahMenengah Rendah
pengguna sekundersecondary consumerOrganisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar.Menengah Rendah

Kembali ke atas