Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nar] | بنر

Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hipotesishypothesisSuatu pernyataan yang boleh diuji sama ada benar atau tidak melalui eksperimen.Sekolah Rendah

Kembali ke atas