Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tenggelamsinkKeadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair.Menengah Rendah
kromosferachromosphereLapisan atmosfera matahari yang berada di atas lapisan fotosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalan beribu-ribu kilometer dan berwarna jahang (merah tua). Lihat RajahMenengah Rendah
teleskop angkasa lepasspace telescopeTeleskop yang berada di orbit bumi untuk melihat objek di alam semesta dengan jelas tanpa disekat oleh atmosfera bumi. Lihat RajahMenengah Rendah
rangka luarexoskeletonStruktur penyokong keras yang berada di sebelah luar kulit sesetengah organisma. Lihat RajahMenengah Rendah
rangka dalamendoskeletonStruktur keras dalaman yang berada dalam haiwan vertebrat dan manusia yang terdiri dari tulang dan rawan. Rangka dalam berfungsi melindungi organ dan fungsi otot. Lihat RajahMenengah Rendah
peliharapreserveMenjaga dan melindungi sesuatu supaya berada dalam keadaan yang baik atau selamat.Sekolah Rendah
teras mataharicore of the sunBahagian yang berada di tengah-tengah matahari yang menjadi tempat pembakaran gas hidrogen.Menengah Rendah
pengenapansedimentationProses pembentukan enapan apabila sesuatu bahan berada di bahagian bawah cecair.Menengah Rendah
raksamercuryLogam yang berwarna perak keputihan dan berada dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Raksa terdapat dalam termometer.Sekolah Rendah
bintik kuningyellow spotTitik pada retina mata yang berada setentang dengan anak mata dan mempunyai paling banyak sel rod dan sel kon. Lihat RajahMenengah Rendah
123

Kembali ke atas