Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.al.ka.li] | برالکالي

Definisi : berkaitan dgn, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali: larutan ~; garam ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.al.ka.li] | برالکالي

Definisi : terdapat alkali di dlmnya atau mempunyai sifat-sifat spt alkali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralkali


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
beralkalialkalinePerihal alkali atau bahan yang mempunyai sifat alkali.Menengah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali.Menengah Rendah
bateri alkalialkaline batterySel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V.Menengah Atas
ammoniaammoniaGas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, bahan letupan dan baja kimia. Formula NH3.Menengah Rendah
ammoniaammoniaGas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali yang mengandungi ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, penyediaan bahan letupan, dan untuk membuat baja kimia. Formulanya, NH3.Menengah Atas
pHpHNilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas