berasid | acidic | Perihal asid atau bahan yang mempunyai sifat asid. | Menengah Rendah |
oksida berasid | acidic oxide | Sebatian oksida bukan logam, seperti SO2 atau P2O5, yang menghasilkan larutan berasid apabila bertindak balas dengan air. | Menengah Atas |
kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |
gas berasid | acidic gas | Gas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. Contohnya, karbon dioksida dan hidrogen sulfida. | Menengah Rendah |
gas berasid | acidic gas | Gas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. | Menengah Atas |
cuka | vinegar | Cecair berasid yang dihasilkan daripada proses penapaian semula jadi dan biasanya digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa. | Sekolah Rendah |
hujan asid | acid rain | Hujan yang mengandungi gas berasid yang membahayakan benda hidup dan merosakkan bangunan. | Sekolah Rendah |
asid monobes | monobasic acid | Asid yang mempunyai satu atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid hidroklorik (HCI) dan asid nitrik (HNO3). | Menengah Atas |
asid dwibes | dibasic acid | Asid yang mempunyai dua atom hidrogen berasid per molekul. Contohnya, asid sulfurik (H2SO4) dan asid karbonik (H2CO3). | Menengah Atas |
lecur | blister | Keadaan kulit yang mengelupas, menggelembung dan berair akibat terkena sesuatu seperti bahan berasid atau air panas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |