silinder penyukat bersenggat | graduated measuring cylinder | Alat makmal yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair. Silinder ini umumnya lebih tepat ukurannya berbanding kelalang makmal dan bikar. Walau bagaimanapun, ukurannya kurang tepat berbanding kelalang volumetrik atau pipet volumetrik. | Menengah Atas |
bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
jisim molekul relatif | relative molecular mass | Jisim purata satu molekul sesuatu bahan berbanding dengan 1⁄12 jisim satu atom karbon-12. | Menengah Atas |
jisim atom relatif | relative atomic mass | Jisim purata satu atom sesuatu unsur berbanding dengan jisim satu atom karbon-12. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
aerofoil | aerofoil | Struktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang. | Menengah Atas |
kanta cembung | convex lens | Kanta yang menyebabkan sinaran cahaya tertumpu pada satu titik. Kanta ini lebih tebal di bahagian tengah berbanding bahagian sisinya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kanta cekung | concave lens | Kanta yang berfungsi untuk mencapahkan sinaran cahaya yang melaluinya. Kanta ini lebih nipis pada bahagian tengah berbanding bahagian sisinya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
susunan zarah | arrangement of particles | Kedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pepejal | solid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu. | Menengah Rendah |