Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cas] | برچس

Definisi : telah dicas: bateri-bateri yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cas] | برچس

Definisi : sudah diisi tenaga elektrik (bkn bateri): bateri-bateri yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercas


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
atomatomZarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat RajahMenengah Rendah
atomatomZarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat RajahMenengah Atas
nyahcasdischargePeneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis.Menengah Atas
kilatlightningNyahcas elektrik dalam bentuk percikan cahaya yang terang di antara dua awan yang bercas atau di antara awan yang bercas dengan bumi. Contohnya, kilat terjadi apabila awan membina cas negatif yang besar pada bahagian bawahnya.Menengah Rendah
kationcationIon bercas positif yang bergerak ke arah katod dalam elektrolisis.Menengah Atas
protonprotonZarah subatom bercas positif yang membentuk nukleus atom.Menengah Rendah
anionanionIon yang bercas negatif apabila satu atom menerima elektron.Menengah Atas
elektronelectronZarah subatom yang bercas negatif, terletak di luar nukleus.Menengah Atas
angin suriasolar windAliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s.Menengah Rendah

Kembali ke atas