daya | force | Tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah. | Sekolah Rendah |
kation | cation | Ion bercas positif yang bergerak ke arah katod dalam elektrolisis. | Menengah Atas |
pemboleh ubah dimanipulasikan | manipulated variable | Pemboleh ubah yang nilainya diubah untuk melihat kesan ke atas pemboleh ubah bergerak balas. | Menengah Atas |
anafasa | anaphase | Peringkat meiosis atau mitosis apabila kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub yang berlawanan. | Menengah Atas |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
tekanan osmosis | osmotic pressure | Tekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya. | Menengah Atas |
sudut genting | critical angle | Sudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90°. | Menengah Atas |