Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.dar] | برقدر

Definisi : berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.dar] | برقدر

Definisi : berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkadar


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hukum tekananpressure lawHukum yang menyatakan bahawa tekanan gas berkadar terus dengan suhu pada jisim dan isi padu yang tetap, iaitu tekanan berkadar terus dengan suhu mutlak.Menengah Atas
hukum FaradayFaraday lawHukum yang menyatakan bahawa magnitud arus aruhan adalah berkadar langsung dengan kadar pemotongan fluks magnet atau kadar perubahan fluks magnet.Menengah Atas
hukum HookeHooke lawHukum yang menyatakan bahawa hubungan pemanjangan dan pemampatan sesuatu bahan kenyal berkadar terus dengan daya yang dikenakan.Menengah Atas
hukum OhmOhm lawHukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar.Menengah Atas

Kembali ke atas