lipan | centipede | Sejenis haiwan berkaki banyak. Lipan juga mempunyai bisa beracun yang boleh menyebabkan musuhnya mati. | Sekolah Rendah |
kala jengking | scorpion | Haiwan yang berkaki lapan, berbadan memanjang, mempunyai abdomen dan ekor bersegmen yang membengkok ke atas. Kala jengking mempunyai sengat di hujung ekornya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
serangga | insect | Kumpulan haiwan kecil yang berkaki enam, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Contohnya, seperti lalat dan nyamuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
burung | bird | Haiwan vertebrat yang berbulu, berparuh, berkaki dua, bertelur, berkepak dan biasanya boleh terbang. | Menengah Rendah |
burung | bird | Haiwan yang berbulu pelepah, berparuh, berkaki dua, berkepak, bertelur dan umumnya boleh terbang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
platipus | platypus | Haiwan mamalia yang berbulu tebal dan berwarna perang, mempunyai paruh seperti itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ciri-ciri fizikal | external features | Sifat luaran tumbuhan atau haiwan yang boleh dilihat. Contohnya, berkaki, mempunyai paruh, berakar serabut dan berbuah. | Sekolah Rendah |
ventral | ventral | 1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi. | Menengah Atas |