Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.le.bi.han] | برلبيهن

Definisi : terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.le.bi.han] | برلبيهن

Definisi : terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gutasiguttationProses kehilangan air yang berlebihan melalui liang hidatod dalam betuk titisan air. Proses ini biasanya berlaku dalam keadaan kelembapan udara yang tinggi pada waktu malam.Menengah Atas
batu karangkidney stoneHablur sisa buangan berlebihan seperti asid urik, kalsium dan magnesium yang terkumpul dalam buah pinggang dan seterusnya berkembang menjadi batu dan menghalang aliran air kencing.Menengah Atas
malnutrisimalnutritionKetakseimbangan nutrisi, sama ada dari segi kuantiti berlebihan atau berkurangan atau nisbah yang tidak mencukupi untuk tempoh masa yang panjang.Menengah Atas
penyalahgunaan dadahdrug abusePenggunaan dadah selain daripada tujuan rawatan, dengan jumlah yang berlebihan.Menengah Atas
sindrom fetal alkoholfoetal alcohol syndromeKecacatan kelahiran yang disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan semasa mengandung.Menengah Atas
hidatodhydathodeLiang seni pada pinggir atau hujung dalam epidermis daun tumbuh-tumbuhan yang menyingkirkan air berlebihan.Menengah Atas
litar pintasshort circuitSambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan.Menengah Rendah
haba pembakaranheat of combustionHaba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.Menengah Atas
air kencingurineCecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea.Menengah Rendah
sinar ultraunguultraviolet raySinaran gelombang elektromagnet yang berjulat antara 10 nm — 400 nm dengan frekuensinya lebih besar, dan jarak gelombangnya lebih kecil daripada cahaya boleh nampak. Dedahan sinar ultraungu yang berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu dikenali juga sebagai sinar ultralembayung.Menengah Rendah

Kembali ke atas