asetil KoA | acetyl CoA | Perantara dalam pengoksidaan asid lemak, yang berperanan dalam kondensasi dengan asetil koenzim A untuk membentuk B-hidroksi-B metilglutaril-koenzim A. | Menengah Atas |
lisosom | lysosome | Organel sel haiwan yang berbentuk bulat, dan mengandungi enzim hidrolisis. Lisosom juga berperanan menyingkirkan sel dan organel yang mati. | Menengah Atas |
vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |