Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai beliung dengan asahan.

Bermaksud :

Tidak pernah berpisah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
anafasaanaphasePeringkat meiosis atau mitosis apabila kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub yang berlawanan.Menengah Atas

Kembali ke atas