asma | asthma | Penyakit sesak nafas yang berpunca daripada alahan, selesema dan perubahan cuaca. | Menengah Atas |
ahli hematologi | haematologist | Pakar tentang darah dan penyakit yang berpunca daripada darah. | Menengah Rendah |
sindrom Down | Down syndrome | Sindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek. | Menengah Atas |
kekerdilan | dwarfism | Keadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon. | Menengah Atas |
Teori Letupan Besar | Big Bang Theory | Teori yang mengandaikan bahawa semua jirim dan sinaran dalam alam berpunca daripada suatu letupan besar pada suatu ketika dahulu. | Menengah Rendah |
lapisan ozon | ozone layer | Lapisan yang ketinggiannya kira-kira 20―30 km dari permukaan bumi. Lapisan ini menyerap radiasi sinar ultraungu yang berpunca daripada sinaran matahari. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
asma | asthma | Penyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan. | Menengah Rendah |