Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataan­nya, mengingkari janji, berbohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berputar

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati.

Bermaksud :

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berputarrotateBergerak secara berpusing pada suatu paksi yang tetap.Sekolah Rendah
haridayMasa yang diambil oleh bumi untuk berputar pada paksinya. Tempohnya dari terbit matahari hingga terbit matahari sekali lagi iaitu, selama 24 jam.Sekolah Rendah
paksiaxisGaris lurus khayalan yang melalui pusat objek yang berputar.Menengah Rendah

Kembali ke atas