parasitisme | parasitism | Hubungan antara dua organisma yang berbeza dan hidup bersama-sama dengan satu daripadanya mendapat faedah, manakala yang satu lagi mengalami kerugian. | Menengah Rendah |
kawanan haiwan | herd | Sekumpulan haiwan yang jinak atau liar, yang hidup bersama-sama. Contohnya, kawanan gajah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
simbiosis | symbiosis | Interaksi antara dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, yang hidup bersama-sama. Simbiosis terbahagi kepada tiga, iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme. | Menengah Rendah |
sebatian ion | ionic compound | Sebatian yang dihasilkan daripada kation dan anion yang berbeza, diikat bersama-sama oleh daya elektrostatik. | Menengah Atas |
keserasian | compatibility | Keupayaan dua jenis bahan seperti darah atau tisu badan untuk bersatu dan menjalankan fungsi bersama-sama. | Menengah Rendah |
saling bersandaran | interdependence | Hubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang. | Menengah Rendah |
kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |