substrat | substrate | 1. Bahan yang bertindak balas terhadap enzim atau mangkin. 2. Bahan makanan atau sokongan kepada tumbuhan atau haiwan yang kurang bergerak. | Menengah Atas |
mudah meletup | explosive | Sifat bahan yang mudah bertindak balas apabila dipanaskan atau terdedah pada api dan haba. Contohnya, bom. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lengai | inert | Bahan yang tidak reaktif atau tidak bertindak balas dengan bahan yang lain secara kimia. | Menengah Atas |
persamaan ion | ionic equation | Persamaan yang hanya melibatkan ion yang bertindak balas. | Menengah Atas |
kalsium oksida | calcium oxide | Pepejal berwarna putih, larut dalam asid dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalsium hidroksida. Kalsium oksida digunakan untuk membuat racun serangga, racun kulat dan makanan ternakan. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur tohor. Formula CaO. | Menengah Rendah |
oksida berbes | basic oxide | Sebatian oksida unsur logam yang menghasilkan larutan berbes apabila bertindak balas dengan air. Contohnya, kalsium oksida (CaO) membentuk kalsium hidroksida (Ca(OH)2). | Menengah Atas |
hidrogen | hydrogen | Gas yang tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bertindak balas dengan oksigen. | Menengah Rendah |
bes | base | Sebatian yang berasa pahit yang menukarkan kertas litmus merah lembap kepada biru. Ia bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air. | Menengah Atas |
air liat | hard water | Air yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium, dan tidak mudah membentuk buih apabila bertindak balas dengan sabun. Terdapat dua jenis air liat, iaitu air liat sementara dan air liat kekal. | Menengah Atas |
peneutralan | neutralization | Proses tindak balas kimia yang berlaku apabila asid bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. | Menengah Rendah |