ovari | ovary | 1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul. | Menengah Rendah |
pistil | pistil | Bahagian pembiakan betina pada bunga yang terdiri daripada satu atau lebih karpel yang terpisah atau bercantum. | Menengah Rendah |
ovul | ovule | Bahagian pembiakan betina tumbuhan yang mengandungi ovum dan berkembang menjadi biji benih selepas persenyawaan berlaku. | Menengah Rendah |
karpel | carpel | Organ pembiakan betina pada tumbuhan berbunga yang terdiri daripada ovari dan stigma yang bersambung melalui stil. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ginesium | gynoecium | Organ pembiakan betina pada bunga, yang mengandungi satu karpel atau lebih. | Menengah Atas |
ovum | ovum | Sel pembiakan atau gamet betina yang belum disenyawakan.Ovum dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |
permanian beradas | artificial insemination | Kaedah memasukkan sperma ke dalam salur pembiakan betina dengan menggunakan alat khas. Kaedah ini biasanya dilakukan dalam pembiakbakaan haiwan ternakan. | Menengah Rendah |
gamet | gamete | Sel pembiakan yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina. Percantuman antara kedua-dua gamet menghasilkan zigot. | Menengah Rendah |
sel pembiakan | reproductive cell | Sel yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina yang terlibat dalam proses persenyawaan. | Menengah Rendah |