Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul.be.tul] | بتول٢

Definisi : tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ralat bersistemsystematic errorRalat yang mengalihkan semua pengukuran ke arah yang tertentu disebabkan oleh alat pengukur tidak ditentukur dengan betul, alat pengukur tidak digunakan dengan betul atau tidak mengambil kira ralat sifar alat pengukur.Menengah Atas
pencemaranpollutionPerbuatan mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah atau bahan beracun secara yang tidak betul.Sekolah Rendah
kod warna antarabangsainternational colour codeKod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat RajahMenengah Rendah
diet seimbangbalanced dietKomposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu.Menengah Rendah

Kembali ke atas