spora | spore | Biji-biji kecil yang merupakan sel bagi tumbuh-tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis. Spora terletak di bawah daun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
biji benih | seed | Biji yang ditanam atau disemai untuk menghasilkan pokok baru. Contohnya, biji benih jagung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cangkuk | hook | Struktur pada biji tumbuhan yang berbulu dan berduri halus, yang boleh menyebabkannya melekat pada badan haiwan untuk dipencarkan. Contohnya, biji kelulut yang boleh melekat pada badan arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gelemaca | vitreous humour | Gel jernih yang terdapat dalam biji mata. Cecair ini memenuhi ruang di antara kanta dengan retina. Gelemaca menetapkan bentuk biji mata dan membantu pembiasan cahaya supaya tertumpu pada titik peka. | Menengah Rendah |
biji benih | seed | Struktur tumbuhan yang mengandungi embrio, simpanan makanan dan kulit pelindung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kotiledon | cotyledon | Bahagian dalam biji benih tempat simpanan makanan untuk embrio. | Menengah Rendah |
percambahan | germination | Perkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat Rajah | Menengah Atas |
percambahan | germination | Proses perkembangan awal embrio biji benih menjadi tumbuhan dengan adanya air, oksigen dan suhu yang sesuai. | Menengah Rendah |
endosperma | endosperm | Tisu yang terbentuk di dalam biji benih kebanyakan tumbuhan berbunga sewaktu persenyawaan. Endosperma melitupi dan membekalkan nutrien kepada embrio. Lihat Rajah | Menengah Rendah |