buah | fruit | Bahagian yang terbentuk daripada ovari bunga setelah persenyawaan berlaku. Buah mengandungi biji benih yang terbentuk daripada ovul. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
buah | fruit | Bahagian yang berisi, yang dikeluarkan oleh pokok atau tumbuhan lain. Biasanya buah mengandungi biji benih. | Sekolah Rendah |
mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kulit | skin | Lapisan luar yang menyaluti dan melindungi haiwan, manusia, tumbuhan, buah, atau biji benih. | Sekolah Rendah |
kulit | skin | Lapisan luar yang menutupi dan melindungi badan manusia, sesetengah haiwan, tumbuhan, buah atau biji benih daripada kecederaan dan kerosakan. | Menengah Rendah |
kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |