nombor nukleon | nucleon number | Jumlah bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus atom. | Menengah Atas |
aneuploidi | aneuploidy | Keadaan apabila bilangan kromosom kurang atau lebih daripada gandaan tepat bilangan haploid. | Menengah Atas |
isotop | isotope | Atom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. | Menengah Atas |
kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
kadar pertumbuhan | growth rate | Kadar atau kepantasan peningkatan bilangan atau saiz sel dalam organisma atau peningkatan bilangan organisma dalam populasi. | Menengah Atas |
mol | mole | Suatu unit asas SI bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 1023 zarah. | Menengah Atas |
kepadatan | density | Bilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan. | Menengah Atas |
frekuensi | frequency | Bilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat. | Menengah Atas |
mutasi | mutation | Perubahan bilangan atau struktur bahan genetik yang berlaku secara spontan dan rawak. | Menengah Atas |
kepadatan populasi | population density | Bilangan spesies haiwan atau tumbuhan yang terdapat dalam sesuatu kawasan. | Menengah Rendah |