biokimia | biochemistry | Kajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain. | Menengah Atas |
tindak balas biokimia | biochemical reaction | Tindak balas yang melibatkan bahan kimia, yang mencetuskan sesuatu tindak balas ke atas organisma hidup. | Menengah Atas |
keperluan oksigen biokimia | biochemical oxygen demand | Jumlah oksigen terlarut di dalam sesuatu sumber air yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan alga untuk menguraikan bahan organik. | Menengah Atas |
metabolisme | metabolism | Proses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. | Menengah Atas |
fotosintesis | photosynthesis | Proses biokimia tumbuh-tumbuhan yang mengandungi klorofil mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida dan air, dengan kehadiran cahaya. | Menengah Atas |
bahan buangan | waste product | Bahan yang terhasil daripada proses biokimia, yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh. | Menengah Atas |
biodegradasi | biodegradation | Pemecahan bahan tak organik kepada bahan organik melalui proses biokimia, biasanya melibatkan bakteria dan kulat. | Menengah Atas |
enzim biologi | biological enzyme | Enzim pemangkin organik, biasanya protein yang boleh mempercepat tindak balas biokimia. | Menengah Atas |
sitoplasma | cytoplasm | Bahagian sel haiwan atau tumbuhan yang terkandung dalam membran plasma, dan menjadi medium biokimia. Lihat Rajah | Menengah Atas |